Saya suka mengait...

Sila la tengok2, klu berkenan leh order ye.. email: zr_05@yahoo.com

Tuesday, November 15, 2011

Tempahan dari org Langkawi







salam.. 2 minggu lepas, liza dr langkawi tempah 2 psg booties, topi n headband utk anknya..lom la layan gambr2 ni..

Monday, November 7, 2011

Dh siap pun..



Akhirnya, hampir seminggu jugakla baru beg tempahan Angah ni siap..nk buatnya 2 hr je tp tempahan byk, so bersabar la yer..apapun jom layan gambar2 ni..

Tuesday, November 1, 2011

bag lagi..


salam..kali ni sy nk tunjukkan gambar bag yg ditempah oleh Ina Solihin, warna pilihan hatinya hitam+merah..ok x? pasni turn Angah Kedai lak..

Saturday, October 29, 2011

Jom layan booties lg..


salam, utk semua pembaca blog aku ni..intenet kurang ok kt area aku ni, so lambat ckit la aku leh update blog kesayangan aku ni..

apapun jom layan 2 psg booties tempahan Halimation utk kawannya ni..klu korang suka kombinasinya, leh la try yer..jgn curi gambar dh ler...

Wednesday, October 12, 2011

List to do...

Salam, berikut ada list to dua dlm masa 2-3 minggu ni:
1- flower brooch -60pcs (B), 12 (K)
2-beg-tempahan Ina solihin
3- bekas telur (30 pcs)-kak wan
4-pouch 5pcs
5-headband 10pcs
6- Booties 5 pcs

em, sempat ke ek????


Alhamdulillah, semua dh siap kecuali bekas telur sbb k wan nk taun depan...


next projects

1-1 topi, 2 psg booties n headband- tempahan Liza Langkawi

2-sarung hp-tempahan angah

3-bekas telur (30 pcs)-kak wan

4- 10 pcs brooch- Hazira (Done)

5-Booties- halimatun-Done

6-wallet-halimatun-Done

7-rose brooch- utk diri sendiri hehehe..(dh lama xbt brooch utk diri sendiri)

POUCH


salam..3rd order from Lijah...hehehe...

Monday, October 10, 2011

Booties lg..


salam, 1 hr jer aku ambik utk siapkan 2 psg booties ni, tempahan Ina Solihin melalui Halimaton, tq maton sbb jd org tengah..siap bg free gift kt maton lg, jom la tengok..sayu je perasaanku bila nk let go booties ni, sbb comey sgt2..harap2 tuan punyer suke ler..Ina tambah tempahan beg lak, nk boh barang2 bby dia..kaler hitam+merah..cantik ke?hehehe, nntila bl dh siap, kita tgok ek..pastu sila bg komen..

Saturday, October 8, 2011

Tempahan kali ni...



salam, 2-3 hr lepas, ada kawan tempah booties lg, Lijah n halimatun. Lijah tempah booties warna putih+hijau+bitu..apapun sempat siapkan utk Lijah jer..Halimatun order 2 psg lg booties, aritu dia order yg warna biru, kali ni dia nk warna putih+hijau+kuning n putih+pink+merah..halimatun jugak order headband warna purple..jom la cuci mata..klu korang nk tempah pun buleh jugak..bgtau je ek..

Monday, October 3, 2011

sepasang booties




salam...2 hr lepas, jiran belakang umah, halimatun, order kasut utk anak terunanya..dh siap, kemarin, dia mai dgn kakak, adik n birasnya..sempat jugak la dia rembat headband n brooch ready stock aku...hehehe..birasnya lak order kasut utk bakal bbynya yg bakal dilahirkan bulan 12 ni..jom tgok gambar..kasut warna ni dh 3 pasang aku buat..

Wednesday, September 28, 2011

3 hr mc...huhuhu



salam..gara2 aku aqil, mama n tok dia cirit n muntah2, aku mc 3 hr..mmg xlarat bebenor rasanya..siap kn tambah air botol lg..dh la budak pelatih ja yg cucuk jarum, xkena urat yg betul, smpai lebam jadinya..pastu kena cucuk lg...em, sabar je la...

apapun sblom aku mc tu, sempat gak la siapkan tempahan kwan kak wan n amal..check it out...

Tuesday, September 13, 2011

TEMPAHAN SLPS RAYA

Salam utk semua...lama betul xupdate blog kesayanganku ini...bukan apa, sibuk dgn tugasan rasmi n tempahan sebelom raya aritu..alih2 laptop lak rosak huhuhu..terima kasih kpd yg telah menempah, kpd adik Amal, sorry ya, tempahanmu itu terlalu lewat n byk la pulak..tp adik ni xkisah klu dpt lepas raya..so, bersabar la ya..

waiting list:
1) kak N- beg saiz al quran
2) amal- beg wallet, brooch 10 set

Saturday, August 20, 2011

Tempahan terakhir sebelom raya


salam..ada 5 org lg yg menempah tp lom siap lg..huhuhu, terketar2 jari jemriku nk siapkan..sabar ek..apapun jom lyn gmbr ni dulu, tempahan siti khairunnisa, kawan dr FB..

Tuesday, July 26, 2011

Sempena Raya ini..



Salam menyambut ramadhan..semoga ramadhan ini lebih baik dari tahun2 lepas...Ya Allah, berikanlah aku kekuatan fizikal n mental utk berpuasa dengan sebaik yg mungkin, aminnn...

Kawan2, jom cuci mata gan gambar tempahan dari Sharifah n zuera sham..

Monday, July 4, 2011

kopiah aqil




salam utk semua..dh lama xupdate blog aku ni..jeng2..maklumla, dok tgh pregnant utk kali 2 lak...alhamdulillah..apapun, sila la cuti mata anda gan kopiah utk aqil..klu berminat leh la tempah yer..leh gak tempah lam FB..

Wednesday, May 18, 2011

INILAH BARISAN KITA..


Salam..sepnjg 2 minggu ni, aku sempat siapkn beberapa tempahan rakan2..sila la tengok..yg mn satu idaman anda..

Saturday, May 14, 2011

tempahan lama..


sebenar hp pouch dh lama aku buat n dh lama smpai kt tuannya..tp akibat kemalasan aku nk post kt sini, sbb tu aku guna tajuk kt atas tu..apapun sila la tengok..

Tuesday, May 10, 2011

TEMPAHAN LAGI-LAGI..


salam...sejak 2 minggu lepas, aku berhempas pulas menyiapkan tempahan kawan2, smpai lenguh2 jari jemariku ini..hehehe..tp bl dh siap bestnya...cantekkkkk, puji diri sendiri la nampaknya ya,,hehehe..sila la jenguk2;..

Wednesday, April 27, 2011

TEMPAHAN LAGI..

salam..list yg perlu aku buat...
1) 4 sets of booties, beanie & headband
2) brooch- 10pcs
3) hair clip -10 pcs
4) beg wallet -5
5) beanie-2
6) kopiah..

fuhhh, byknya...ada yg nak menambah? silakan..

special from me..



cam best ja tajuk kt atas tu..hehehe...semlm aku dpt siapkan satu beg utk boh wallet, permintaan seorg kwn yg br aku temui di kedai,..HARGA JUALAN RM15, HARGA promosi RM10 JER...terhad kpd 3org pertama sj,..leh pilih kale pa yg disukai...check it out..

Tempahan shahirah..


salam, selamat pg..tempahan ni aku sempat siapkn lam ms 3 hr,,,2 psg booties, 1 headband n 5 clip hair..sila beri komen, sesuai..

Sunday, April 24, 2011

ADDICTED to crochet ...



Minggu ni aku berkesempatan siapkan headband, saja2 buat stok..sebelom ni mmg xsempat nk buat stok..wpon ada lg tempahan kwn2 yg tp belom siap, tp headband ni mmg lam kplaku..so, check it out...yg kaler purple tu ada 2 unit, pink 1 unit..

Sunday, April 17, 2011

YANG AKU SIAPKAN...


Salam, 2 minggu lepas, aku sempat siapkan beberapa tempahan..sila la tengok...
-2 beanie tempahan kak syikin
- 1 booties tempahan affaf
-1 headband tempahan mira
tq, kawan2...tempalah lgi...

Wednesday, April 6, 2011

Kemalasan melanda jiwa...

salam...em, malasla nk mengait...nape ek...ada lg tempahan yg belom aku siapkan...mungkin aku perlu kait sesuatu utk diri sendiri kan? yg comel2..em, xpala,nk main2 gan aqil dulu la,..cau...

Tuesday, April 5, 2011

Tempahan Su dari Perak..


salam, minggu ni aku sempat siapkan tempahan dr suriati, dari perak, dia tmph lam FB, satu set topi n kasut utk anak daranya...sila la tengok...

Monday, March 28, 2011

In waiting list..

salam, berikut adalah senarai lom aku sempat siapkan, mungkin next week siap
ek,Insyaallah...

1) 2 set of booties n hat-ordered by kak syikin
2) 1 beg -kak wan
3) booties- affaf
4) crocheted hair clip-30pcs
5) crocheted brooch-30 pcs
6) headband-20 pcs
7) 1 set of booties n hat- ordered by suriaty for her dotter

harap sabar menunggu ya..

Wednesday, March 23, 2011

beg sendiri..


beg ni aku kait saja2 ja try, granny square bag...

Monday, March 7, 2011

tempahan rakan2..



salam, 2 jam ja masa yg diambil utk siapkan 2 psg booties ni..sila la tengok...kale biru tu, order dr amirah, kale pink tu kak syikin..dia order hat pulak...ok, siap...

Sunday, March 6, 2011

tempahan booties



salam...2 jam saja diperlukan utk siapkan booties yg ditempah oleh kak syikin n mira...chewaahhh...tu pub sbb aqil xkacau..hehehe, klu tak, 2 hr la kot..kuang3x...

Monday, February 28, 2011

CROCHETED FLOWER BROOCH


Salam, ni aku buat brooch atas permintaan seorang kawan..sila la tengok, anda suka tak kombinasi warnanya?

Saturday, February 26, 2011

booties



salam, booties ni aku buat utk aqil ms dia bby dulu, leh pakai smpai 6 bln..sapa2 yg berkenan n nk order, bgtau ek..

Monday, February 21, 2011

asb oh asb..

ni sy copy & paste..
by Zaharuddin.net on Thursday, February 25, 2010 at 5:42pm

Pada tarikh 30 Jan 2010, ASB dan ASN masih tidak dianggap Saham Patuh Syariah atau Islamic Fund oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Lihat link ini http://www.sc.com.my/eng/html/resources/stats/UTF.pdf . Ini yang terbaru, jelas kelihatan TIADA TANDA * ( yang menunjukkan ia sebagai Islamic Fund) pada nama ASB dan ASN dalam senarai tersebut.

Awal tahun 2009, saya menerima satu email yang mengandungi satu attachemnet surat dari Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia kepada Setiausaha, Majlis Penasihat Syariah salah sebuah Bank Islam di Malaysia berkenaan hukum Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).

Apa yang jelas, telah saya sebutkan sebelum ini berkali-kali, walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Namun kaedah dan implementasi ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.

Tatkala itu, bolehlah dianggap terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan hukum ASB dan ASN antara dua badan pengeluar hukum yang terbesar di Malaysia. Bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati dan menjamin tidak terjebak di dalam yang haram, kerana harta akan menjadi darah daging diri dan ahli keluarga. Saya menyarankan agar melihat dengan lebih teliti keahlian ahli-ahli fatwa dari kedua-dua badan terbabit.

Jika di tanya kepada pendapat peribadi saya, saya lebih cenderung kepada pendapat Majlis Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam hal ini setelah melihat kepada panduan yang diletakkan mereka bagi mengiktiraf sesebuah Amanah Saham yang patuh atau tidak patuh Syariah.

Anda mungkin berkata,

"SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANG TANGGUNG DI AKHIRAT"

Ulasan saya, Allah swt memberikan kita aqal untuk memerhati dan meneliti pandangan kedua-dua badan besar ini setakat kemampuan yang ada, berfikirlah. JIia benar-benar setelah membaca hujjah kedua-dua pihak, lalu anda yakin dengan salah satu antaranya. Anda telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik. Namun jika, sambil malas dan ingin mengambil mudah, lalu terus berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, tanpa mengendahkan hujah Majlis SYariah Suruhanjaya Sekuriti. Tatkala itu, individu tersebut tidak berada dalam situasi yang sepatutnya.

Perlu difahami bahawa Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dianggotai oleh individu yang sememangnya specialist dan berpengalaman di dalam bidang muamalat dan kewangan Islam. Untuk melihat senarai ahlinya, sila buka di sini

Berikut adalah salinan suratnya, saya telah memadam nama bank Islam yang ditujukan surat ini, kerana apa yang penting adalah isi kandungan surat.



( LIHAT IMEJ SURAT DI LINK http://www.zaharuddin.net/content/view/805/95/)

Hasil daripada surat ini, Suruhanjaya Sekuriti kelihatan TIDAK MEMBENARKAN bank-bank Islam di Malaysia memberikan pembiayaan tunai kepada pelanggan yang ingin menyertai ASB dan ASN.

Berikut adalah tulisan-tulisan saya yang lalu berkenaan ASB dan ASN. Dan Kita masih mengharap pihak ASB dan ASN mengambil inisiatif lebih tulen untuk melayakkan mereka digelar patuh syariah oleh Majlis Syariah SC, Malaysia.

1) Perbincangan Hukum ASB

2) Tak Puas Hati Berkenaan Hukum ASB

3) Majlis Fatwa kata ASB Harus : Ulasan UZAR

Sejurus mereka mengubah kaedah pelaburan mereka dan diluluskan oleh Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Di ketka itu, semua artikel-artikel saya berkaitan ASB tidak lagi terpakai tentunya.

Sekian,



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Saturday, February 12, 2011

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY



Salam, ini adalah satu blog yg aku suka lawati,..sebab produk2nya cantik2 n comey, admire la aku kt tuan punya blog ni, sebab kreatif sungguh..tuan rumah ni buat GA, so aku pon join la...

INI ADALAH BUTIRANYA YA..
Tempoh contest
10/2/2011 - 28/2/2011


Hadiah
4 pemenang bertuah akan memenangi satu set hadiah yang terdiri daripada 1 passport sleeve, 1 coin Purse & RM30 Tote boutique voucher (sungguh menarik kan?


Syaratnya mudah saje:
Letak gambar di atas di dalam entry anda (facebook/blog)
Hendaklah link kan entry anda dengan Entry Giveaway ini
berikan link anda untuk entry ini
Pemenang melalui Random Org

Monday, January 31, 2011

How To Order..

Ada yg bertanya, mcmna nk order??? senang je..
1) bagitau produk yg berkenan di hati.
2) juga warna, patern, saiz
3) email sy: zr_05@yahoo.com

senang kan...

Sunday, January 30, 2011

ready stok



sambil2 menyiapkan tempahan kawan2, sempat gakla aku buat cosmetic pouch n headbands ni..klu berminat, bgtau ek..

An order from abby



Ni adalah order dr kawan baikku, abby n cikgu hasna ..

Saturday, January 29, 2011

@ BabyIbu Giveaway Birthday

sy dh join....

@ BabyIbu Giveaway Birthday

Win A Free Bag From BabyIbu!!!

Salam...

Inilah 1st time sy join ni..br blajar dlm hal2 blogging ni..moga2 menang..hehehe..

@ BabyIbu Giveaway Birthday
Wednesday, January 26, 2011
Seperti yang dijanjikan, inilah contest sempena birthday Ibu pada bulan ini. Maaf lambat announce. Agak sibuk kebelakangan ini. Oklah tak nak cakap banyak-banyak, meh kita tengok syarat-syaratnya.





Apa?


BabyIbu Giveaway Birthday


Bila?


Contest ni akan berlangsung daripada 26 Januari 2011 sehingga 25 Februari 2011


Hadiahnya apa?


Organize Anne yang bernilai RM 52 daripada BabyIbu Shoppe
9 voucher bernilai RM190 daripada Tote Boutique


Syarat-syaratnya?


Tampal banner di atas di sidebar blog anda dan link ke entri ini
Tambah BabyIbu, BabyIbu Shoppe dan Tote Boutiquedalam bloglist anda
Membuat review mengenai contest ini dengan tajuk Win A Free Bag From BabyIbu!!! dan link ke entri ini (copy paste je pun boleh)
Dah siap semua, tinggalkan link entri anda dan juga email di sini
Boleh hantar banyak penyertaan - satu entri di kira satu penyertaan. Sekiranya anda hantar 2 entri - maka dikira dua penyertaan.
10 pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan bertuah


Tajaan

Tote Boutique





BabyIbu Shoppe

Sunday, January 23, 2011

@ Alkisah Kemanisan Rumahtangga

sila la baca ya..dr laman web ni, babyibu.blogspot.com

@ Alkisah Kemanisan Rumahtangga

Saturday, January 22, 2011

cosmetics pouch


hi to all..

sekarang ni rajin lak, mkait bekas nk boh alat2 mekap, leh gak letak syiling..jom layanzzz...

Tuesday, January 18, 2011

Gila crochet..


em, klu tgok tittle tu...aku ler tu..gilerrr sungguh wat crochet ni..mcm idea lam kepala otak aku ni..

berikut adalah senarai yg aku nk buat...
1) jahit beg- kain dh ada tp masa yg xdak..
2) pin brooch
3) crochet brooch
4) scrunchies
5) jaet baju kurung pahang-ada 2 psg lg xsiap, selalunya bju sendiri la yg xsiap2..
6) pencil case
7) zipped pencil case

Wednesday, January 12, 2011

JUALAN HEADBAND..




Salam...sekarang ni bzzz menyiapkan tempahan headband..alhamdulillah, sgt memberangsangkan...

silala tengok..klu berminat sila sms k..019-5645204