Saya suka mengait...

Sila la tengok2, klu berkenan leh order ye.. email: zr_05@yahoo.com

Saturday, July 25, 2009

CIRI-CIRI SEORANG GURU...

Sejak menjadi seorang guru sejak 3 tahun yang lepas, saya asyik berfikir, apakah ciri-ciri seorang guru yang sebenarnya? mampukah saya menjadi seorang guru yang cemerlang? Berikut adalah Ciri-ciri Yang Perlu Ada Pada Seorang Guru Berkesan yang saya ambil dari sebuah blog lain...adakah anda bersetuju???



Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu?


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana yang disenaraikan berikut:
Bersikap profesional.
Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
Kaya ilmu.
Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
Bermoral teguh.
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
Mempastikan situasi ‘Guru mengajar murid belajar’ wujud di dalam kelas.
Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.